esok hari jumaat. weekend untuk orang2 yang duk kat pantai timur cam aku neyh..
esok ape aku nak buat? post entry sememangnya tidak untuk 2 ari sebab aku cume on9 kat ofis je..-contoh pekerja yang suke mencuri tulang rangka disebabkan itu tuhan membalasnya dengan menjadikan tubuh aku bertulang2 -
aku dah lama memendam hasrat yang satu ni..iaitu JOGGING DAN BERSENAM LENANG -aku rasa bunyi yang agak pelik di situ- masuk minggu ni da lebih kurang 6 minggu hasrat tu terbatal.nak tau sebab ape?sebab bila pagi2 aku bangun,- aku tido balik lepas suboh- aku tengok pukul 7 aku membatalkan niat aku untuk joging. yer, aku memang pompuan yang liat bangun tido.. aku sangat berharap esok aku diberi kekuatan untuk bangun dan pergi berjoging kerana sudah lama aku tidak menghirup udara pagi- seperti gaya menghirup air nescafe-
betapa inginnya aku berjoging esok hari, maka aku berusaha untuk bangun pagi. jadi semalam aku beli 2 biji jam. satu jam loceng dan satu lagi aku beli jam tangan yang digital yang besar gedabak tuh yang boleh set alarm - aku suke jam ni sebab aku rasa aku cam power rangers kaler oren sunquick bila memakainya- so skarang aku ade 3 alarm iaitu jam loceng, jam tangan dan jugak ensepku..
aku cuma menanti pagi esok..kalau tiga2 alarm tu bunyi, then aku still x bangun gak, sah aku memang dikategorikan sebagai manusia tuli, pekak bdak, telinga kuali,telinga telinga gajah -telinga gajah ke??-
aku akan cuba bangun pagi esok. yah! mesti!
aku mesti menjaga kesihatan sebab aku rasa macam ade2 sindrom nak sakit. kadar kolestrol aku tinggi walaupon berat aku ni 43kg dan seconfirm-confirmnya aku bukan obesiti.
jadi aku mengambil langkah untuk menjaga kesihatan aku dengan bersenam lenang - bunyi yang pelik kedengaran lagi- di samping berjoging kita juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara pejoging2 - membayangkan diri dimengorat oleh lelaki2 miang choit!-
sekian laporan aku untuk aktiviti esok dan lusa..sepanjang ketiadaan aku di blog ni selama 2 hari, sape yang view blog aku sila la jangan segan2 buat macam umah kau orang sendiri walaupon aku xde makanan nak sediakan.
* da dekat 6 bulan aku x main tennis..sbb xde court..kadang2 aku tension jadi org tganu...
2 comments:
i pun ada masalah nak bezakan hari minggu kat sana dulu
oo..pernah duk pantai timur la nih
Post a Comment