Sunday, April 12, 2009

bila ku teringat

tadi mase lunch ingat nak g la beli makanan kat kedai- sebab aku sejenis spesis hidupan yang x reti masak-..so pegi la kat kedai dekat ngan umah tu. tutup. pegi kedai lagi satu,, tutup gak. aduhai sampai ati korang tutup kedai ari ni. ingat ni kl ke ape? mentang2 la mak aku xde ari ni. bnyk la plak kejadian2 sadis camni..

pusing punye pusing ade la jgk kdai yg bukak. pas beli mknn balik umah. makan kat umah je la. balik umah, kosong... rindu plak kat mak.. adeh, mak aku pon x smpai kl agi da rindu..huhu, biasalah. naluri ank bongsu yang slalu berkepit ngan mak 24 jam x kire mase..memang dari kecil lagi mak dan ayah mendidik kami adik beradik bahawa keluarga adalah segala-galanya. alhamdulillah, berkat pesanan mak dan ayah, kami 12 adik beradik setakat ini tidak terlibat dengan aktiviti2 yang x sihat. ayah pernah kata: ' keluarga adalah segalanya. walaupun suatu hari nanti masing2 mempunyai keluarga dan hidup sendiri, keluarga mesti diutamakan. ingat saat2 membesar sama2." aku dan adik beradik yang lain kalau nak keluar ke mana2 mesti ayah mak atau adik beradik yang lain temankan. kalau x jangan harap nak dapat keluar sana sini sesuka hati. ayah berpendirian bahawa anak2 sentiasa kena pantau.- ayah aku memang tegas dan sekarang ayah aku selalu dibuli oleh aku..buli main2 la..-

Alhamdulillah..bila anak2 dah besar,, dah berjaya n pandai mengurus diri masing2, barulah kawalan ketat ayah yang dulu beransur- ansur hilang. bagi ayah, bila anak2 dah besar dan tahu menilai, pasti mereka tahu baik dan buruk sesuatu perbuatan. melentur buluh biarlah dari rebung katanya. masa kecil kene didik dan asuh betul2, tapi kalau dah besar baru nak didik dengan betul, memang agak sukar. itulah prinsip yang ayah pegang dalam mendidik anak-anaknya.
aku akan pegang segala nasihat ayah kerana suatu hari nanti pasti perkara yang sama akan aku lakukan untuk mendidik anak2 saye sndiri. bukannya mudah mahu mendidik anak2 sekarang di zaman yang penuh dengan kepelikan ini..

ayahku..ibuku....

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu,mengheret aku mentafsir memori silammu.Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu.Tundukku pada ketegasan dirimu.Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu,keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu. ayah, ibu...Tak pernah ku tanya kemana tumpahnya keringatmu. ayah ibu, tak pernah ku hitung berapa banyak kerutan di dahimu.yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku yang sedaya ayah dan ibu laksanakan.Kau pendorong bukanlah pendesak apalagi memaksa diriku aku terlorong bukan terdesak apalagi rasa terdera.Tak terkuis dugaan menduga apalagi takdir yang menerpa aku mengharap bukan menolak apalagi cuba melupa.Lestari kasihmu tanpa batasan Sempadan waktu yang memisahkan abadi hingga ke hujung usia akhiran masa.
Sentuhanmu amat bermakna..

* kau orang perasan tak entri aku macam sayu je kali ni?sengal kan? agak poyo kelihatan di situ

2 comments: