urm,, sungguh banyak entri2 yang aku skodeng tulis pasal hari ibu. takpe lah..sungguh bagus menghargai ibu kan?aku?xpe lah, kasih sayang aku terhadap mak aku tidak tergambar dengan kata2.aku nak tulis pon tatau camna. cuma aku bersyukur sangat sebab aku ada mak yang sporting, pemurah,penyayang dan sebagainya. akan ada sesuatu yg istemewa untuk mak aku. so keep it secret la. xnak share nagn kau orang..muahaha..
aku sungguh runsying lately..kenapa?dulu,kawan2 aku mengenali aku sebagai orang yg suke memalukan diri sendiri. xcaye, tanye fiza. dia tau segala-galanya kerana kebanyakan situasi berlaku di depan mata dia. antaranya yang aku tabuleh lupa, aku jatuh depan lelaki2 kacak sebab terlalu asyik menggedik. kawan2 ku ketawa macam naik giler.vuduu...aku lupakan tu semua.
berbalik kepada topik kita hari ini murid2, aku senaraikan beberapa perkara yang memalukan dan vuduu telah aku lakukan sepanjang minggu lepas.dulu aku ingatkan benda2 camni dah tak terjadi lagi sebab aku pun makin meng control ayu..tapi sedar x sedar makin aku jaga, makin menjadi2 benda2 yang memalukan ini.perkara2 yang aku buat tanpa sengaja dan ia memalukan aku adalah seperti di bawah: -mcm buat jawapan essei untuk paper mikroekonomi plak-
1- situasi di kedai-aku teringin nak makan chicken chop..maka balik kerja, aku singgah kat satu kedai ni..dalam kereta aku, ada 2 kasut untuk gi kerja dan 2 pasang selipar jepun. sepasang kaler merah, dan sepasang lagi of coz kaler oren yang aku baru beli- macam rak kasut la plak-
aku yg berbaju kurung hanya capai selipar jepun je sebab malas nk ber ayu2 pakai heels. - biasanya bila petang keayuan semakin menghilang-
time tggu order aku siap aku tatau kenapa semua orang asyik tengok kaki aku.pastu cakap bisik2.aku pn malas je nak sound kan. so aku cuba memerhati apa yg x kena dengan kaki ku.owh, tiada apa2 melainkan aku pakai selipar jepun sebelah warna oren dan sebelah lagi kaler merah.dan ditambah pula dengan tag harga kat selipar oren yang aku pakai tu. tiba2 aku rasa blushing..- aku rasa nak je pura2 pingsan time tu-- selepas buat bayaran aku pon terus berlari masuk ke dalam kereta dan memasang azam dan niat untuk tidak lagi menunjukkan diriku di kedai itu lagi
2. di farmasi- aku ke farmasi mencari losyen yg sesuai memandangkan kulit tanganku sedikit kekeringan. aku menuju ke arah pintu masuk. bertentangan arah dengan ku seorang lelaki lingkungan 30-an sedang menuju ke arah ku. sebelum kami berselisih..gedebapp!!! lelaki itu hampir terjatuh.kenapa? sebab die x perasan pintu itu sepatutnya ditolak dahulu.mungkin die x perasan kerana cermin yang terlalu bersih dan jernih..muahahaha..aku tergelak dengan tidak sengaja..aku bernasib baik kerana lelaki itu terkena dahulu. sebab aku pun sangka yang farmasi itu tidak berpintu.aku pun sebenarnya nak redah je. lelaki itu tersipu2 malu apabila kami berselisih..muahaha..sungguh melucukan. selesai urusan ku di situ maka aku pun mahu balik. sambil membelek2 ubat2 yang diberikan aku terus je jalan x tengok sapa2..Gedebap!!! bunyi kali ini lagi kuat dari tadi.. kesannya, aku sudah berada di lantai. aduh,, aku juga terlanggar pintu cermin itu..sakit plak tu.tuhan bayar cash kat aku sebab gelakkan orang tu tadi. aku sungguh malu. ku toleh ke belakang dan ku lihat orang di kaunter semua memandang aku. aku bangun dan terus keluar. bila aku mula menjauh, ku toleh lagi dan ku lihat seorang staff mengambil marker dan menulis perkataan "pintu" di cermin tersebut. aku geram, bila dah ramai yang kena baru ada inisiatif nak tulis camtu.kesannya aku yang x berdosa ni jadi mangsa.aku malu.
3.ada bayak lagi yang berlaku tapi aku rasa tidak sepatutnye aku ceritakan di sini kerana ia sangat memalukan.dan yang terbaru.baru saja berlaku dan sedang berlaku. pagi tadi aku pergi ke ofis cam biasa. ku masuk ofis, ku buka lampu lampi dan terus menuju ke ruangan blog kesayangan aku ni dan mengintai blog2 orang lain. dah hampir sejam lebih, masih xde sapa2 masuk ofis. aku tertanya2 tapi disebabkan khusyuk membaca entri orang lain, maka ku buat2 tatau je. ku lihat jam dah pukul 10pagi tapi takde sorang pon masuk. en engineer yang selalu gaduh denganku pun x muncul2.biasanya dia la yang paling rajin masuk ofis bertujuan bergaduh2 denganku. tiba2 pintu terbuka, waaah..panjang umur encik engineer.
" Fatimah, awak buat apa kat ofis? ada kerja x siap ke?" encik engineer bertanya
" datang keje la, x macam orang lain masuk lewat mentang2 boss baik"aku dengan konfidennya jawab dalam nada memerli
" ei, hari ni cuti la.semalam kan hari wesak. yang awak rajin sangat tu kenapa siap pakai baju kurung serba lengkap ni"
ya tuhann..hari ni cuti rupanya.patutlah ofis sebelah x bukak pagi tadi..ya ampun vudddduu nya aku.
" habis tu kenapa encik datang jgk kerja ari ni?" aku berbasi-basi sambil cover malu
" saya datang amik drawing je" die tersengih2 sebab dah ada point nak kenekan aku esok.
~~~~~~~~~suasana diam seketika. dalam hati aku maki diri sendiri.~~~~~~~~~
selesai mengambil drawing, encik engineer meluru keluar, sebelum keluar die sempat meninggalkan kata2 azimat kepadaku." kerja rajin2 ye. balik pukul 5 tau"
aku diam..rasa nak menjerit pon ade..ok! aku buat keputusan untuk stay di ofis sampai pukul 5. aku sahut kata2 encik engineer tadi.dan sekarang, aku masih lagi bersendirian di dalam bangunan ini. aku nak buat ape ea selain berblog?mampukah aku bertahan sampai pukul 5?
wallahuaklam-
* aku dah tau kenapa orang selalu kata " rasa macam sial". aku pun sedang melalui fasa2 itu sekarang....muahaha...
owh...hampir lupa..hari ni besday seorang lagi kawanku..sahabat baikku..yang aku panggil kak aisyah atau mama sya kerana kadang2 die berperangai seperti ibuku..muahaha. pict x sempat letak sbb aku ade agenda lain.next entri aku letak k..
4 comments:
mak kitepn spoting jgk!!! ceh tanak kalah. huhu :)
Oooo..rupa2 nya, kau la budak pompuan yang gelakkan aku masa tuh?suka2 kau je dok gelak kan aku ek? orang teranaya memang makbul doa nya. padan muka ko!!
kasihannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
kakakaka
mumu~ mak kiter sporting lagi sambil naik kete sport..muahahaha.sebab 2 anak die sporting.hoho
zairi~ lar, tu ko ke encik zairi?aku x bape nak perasan sgt sebab mase tu aku tengah menggedik ngan pak guard.kalo aku tahu tu ko misty aku gelak lagi kuat..muahahaha..
luffy~ terima kasih luffy.kerana simpati padaku.syg luffy..muahahaha
Post a Comment