Wednesday, June 10, 2009

Kesian Kapten Bazumbey

Ini percubaan pertama aku menulis kisah rekaan selepas membaca buku cerita sinbad the sailor. Ia telah digubah oleh aku menjadi cerita aku sendiri. Untuk perhatian ini entri yang sangat panjang..harap percubaan pertama ini menjadi..ok, mari mulakan.

Kapten Bazumbey merupakan ahli pelayaran yang terkenal. Setiap pelayarannya pasti akan membuahkan hasil seperti terjumpa harta karun peninggalan Monkey d Luffy dan bermacam2 lagi khazanah yang telah dijumpainya. Senang citer, Kapten Bazumbey ni ahli pelayaran yang berjaya la. Semua orang di pelusuk dunia mengenali Kapten Bazumbey ni. Ramai betul awek duk tergila2 kan si Kapten Bazumbey ni tapi Kapten Bazumbey hanya berkenan kepada tuan punye blog ni sahaja(aku! Aku!).. Mereka telah bercinta selama 5 tahun tetapi akhirnya mereka clash sebab suatu hari tu Kapten Bazumbey lupa membeli ole-ole berupa cekelat ferero roshe untuk tuan pnye blog ni setelah pulang dari pelayaran.

Kapten Bazumbey telah belayar sebanyak tujuh lautan..Biasanya bila dia dan krew2 kapalnya belayar, akan ada lah cabaran2 yang hebat seperti bertarung dengan raksasa lautan dan sebagainya dan macam biasa sebagai seorang kapten yang gagah dan handal beliau dapat mengharungi cabaran itu..biasanya semua krew2 mati dan Cuma tinggal beliau seorang sahaja yang selamat. 2 yang Kapten Bazumbey seronok sangat bila die sorang je yang hidup. Nampak sangatlah die ni hebat.

Pada suatu hari Kapten Bazumbey teringin nak belayar ke Pulau Bizumbita. Lalu dikumpulnya krew2 yang baru untuk belayar ke sana. Macam biasa lagi, di tengah perjalanan menghampiri Pulau Bizumbita, mereka diserang oleh Raksasa Sotong yang maha besar sekali. Kapten Bazumbey dan krew2 nya begitu mudah sekali menewaskan Raksasa Sotong dan akhirnya mereka selamat dan berjaya menewaskan raksasa sotong tersebut lalu menjadikannya sebagai hidangan sotong sumbat mereka.

Selepas itu mereka lalu di kawasan Segi Tiga Bermuda dan mereka hampir2 ditelan ke dalam lautan tetapi dengan kebijaksanaan dan kegagahan Kapten Bazumbey maka mereka semua terselamat lagi. Yang menghairankan Kapten Bazumbey ialah dah 2 kali dia dan krew2 nya diduga tetapi mereka semua tetap jugak hidup. Biasanya hanya Kapten Bazumbey je sorang yang hidup.. Setelah belayar, belayar dan belayar untuk ke Pulau Bizumbita yang sangat jauh tu, ada lagi berpuluh2 halangan dan dugaan. Jadi Kapten Bazumbey ni dah bosan sebab dia rasa tak mencabar sebab semua anak kapal die tak mati2. Lagipun die dapat mengharungi cabaran itu dengan mudah je.jadi, untuk mencari sesuatu yang lebih mencabar, lalu die jatuhkan sampan dan belayar sorang2 ke Pulau Bizumbita. Sebab dia sorang2 je belayar, tetibe plak leh sesat. Kalau nak diikutkan dah lama dah die sampai kat pulau tu tapi lepas 1 bulan baru die sampai kat pulau tu.

Dari jauh lagi die dah nampak sekumpulan wanita yang cantik2 duk meambai2 kepadanya. Cantiknya toksah nak cakap ar, kalau nak dibandingkan dengan aweknye tuan pnye blog ni , 100 kali ganda lagi cantik. Lalu die pun mendarat di pulau itu. Tiba2 ada lebih kurang 40 ekor beruk datang mengerumuninya. Oleh kerana mahu menunjukkan kegagahannya kepada gadis2 yang cantik itu, maka Kapten Bazumbey menerajang, menyepak, menempeleng beruk2 itu sehingga semuanya pengsan dan ada sesetengah dari beruk2 itu koma buat seketika. Kapten Bazumbey terlalu seronok berfoya2 dengan wanita2 cantik itu. Kapten Bazumbey dilayan seperti seorang raja. Setiap hari bertukar perempuan. Kapten Bazumbey berseronok dengan wanita2 itu sehingga 7 hari 7 malam. Dia telah lupa akan pelayarannya. Dia juga lupa untuk solat dan puasa sunat setiap isnin dan khamis. . Bila hari ketujuh berseronok2 dengan wanita2 cantik itu, tiba2 dia perasan yang badannya sudah mula ditumbuhi bulu2 yang agak banyak dan lebat. Ditunjukkan kepada wanita2 cantik itu, dengan andaian lelaki berbulu agak seksi tapi setelah ditunjukkan kepada wanita2 itu semua lari lintang pukang, yang muntah2 lalu mati mengejut pun ada. Lama kelamaan bulu itu betambah banyak dan rupanya juga sudah hampir menjadi beruk..dalam merenung nasibnya yang malang tiba2 satu suara memanggil. “Kapten Bazumbey! Kapten Bazumbey!”

Kapten Bazumbey lihat beruk2 yang pernah disepaknya dulu memanggil nama beliau.

“ hai beruk, korang kenal ke aku sape?”

“mestilah kenal. Kami la anak kapal kapten masa kapten tinggalkan kami dulu”

“kenapa korang bleh jadi beruk”

“masa kami sampai ke pulau ni kami macam kapten jugak, kami lalai dengan wanita2 cantik tu dan berfoya2 dengan mereka. Rupa2nya mereka ni pembawa virus Baginggo di mana sesiapa yang ** dengan mereka akan berubah menjadi beruk”

“ oh aku pun akan jadi seperti kamu semua kah?”

“ya kapten, nampaknya begitu lah. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna kapten”

Akhirnya kapten itu jadi beruk lah kat pulau tu sehingga akhir hayatnya. Kapten sangat menyesal. Sebelum ini, lautan badai berjaya diterokainya. Semua halangan dan cabaran berjaya ditempuhinya. Musuh berjaya ditaklukinya tetapi dia sedar, musuh yang paling bahaya dan susah untuk dia lawan adalah nafsunya sendiri. Maka jadilah kapten itu seekor beruk yang penuh dengan penyesalan…


Sekian terima kasih..tamatlah pertandingan bercerita bagi murid2 tahun 4 zon timur..muahahaha


16 comments:

~Cinta Cukulet~ said...

nice story...ending dia best..hehe..nafsu musuh yang paling sukar ditewaskan huhuhu

Mak Jemah said...

betul3...
muahaha

mamai said...

kapten boleh tak ada tolong dia orang ker....

Kamil L said...

hahaha....best nyer cerita :D

Mak Jemah said...

mamai ~ kapten boleh xleh tolong. cermin mata die ilang

kamil ~ hehehe..maceh

Nedy Nadia said...

cayalah!

Mak Jemah said...

nedy nadia ~ thanks lah

Bro Framestone said...

peh ending agak kureng sikit...

perlu tmbah detik2 penyesalan sebelum die berubah sepenuhnya menjdi beruk huhu

Mak Jemah said...

framestone ~ da x buleh nak buat dah ending dier tuh. kekeringan idea

azalia hjsalleh said...

thanks 4 visiting belog lya ye

Dkama said...

Moral: hanya beruk yang tak boleh menahan nafsu... hehehe PEACE...

ShaFril said...

apa nma pulau tu ar?muahaha =P

Mak Jemah said...

azaliahjsalleh ~ same2

dkama ~ eleh..beruk la plak yg dipersalahkan

shafril ~ Bizumbita..knp?hehe

Bro Framestone said...

xpe akan dtg leh je wat ending cam tue he...23x

teruskan ek

Mak Jemah said...

thanx en framestone

Bro Framestone said...

wel come je