Saturday, September 12, 2009

tanggang moden

Aku ingatkan zaman tak bertamadun dulu je wujudnye si tanggang tapi zaman sekarang pon still ade si tanggang..tanggang zaman moden ni bukan je malu ngan mak die tapi seluruh kaum keluarga die..aku agak kenal ngn tanggang zaman moden ni..apekah kalau mak bapak ko x kaya, x hebat..adik beradik ko x kerja besar ko malu? Aku lebih rasa si tanggang moden ni harus malu dengan diri die sendiri dulu..apa yang aku perhatikan, yang die duk sebok2 malu dengan keturunan die yang x kaya, x moden dan xhebat tu, aku tengok, adik beradik die yang lain lagi mewah dari die..keje pon lagi bagos dari die.rumah masing2 besar2..ape yang die x puas ati?die nak macam mana sebenarnya?sedangkan die pon bukan ada pangkat, ada harta..berlagak je lebih nak mam**s..oh..mungkin die nak semua adik beradik die berpangkat CEO, baru nak ngaku adik beradik..baru ade kelas gitew..mungkin mak ayah die bukan seorang professor..bukan yang bijak pandai..aku kesian tiap kali melihat mak ayah die bersusah payah untuk die dari dulu..hasilnya die x menyumbang apa2 pon kat family die..die lebih pentingkan orang lain dari keluarga die sendiri bak kata pepatah, anak gorilla di hutan diberi makan KFC, anak di rumah kau beri makan roti canai telur je..

Kau ingat senang ke aku nak update entri awal2 pagi camni nak cerita pasal kau?ni pon sebab semalam aku mimpi kau ngan mak ayah kau..aku kesian kat mak ayah kau sampai masuk dalam mimpi…sepatutnya semalam aku mimpi aku kawen ngan fahrin ahmad..tapi kau spoil kacau mimpi aku..padahal apa kene mengena kau dengan aku..kau bukan kisah hal aku pon..aku pon x pernah kisah hal kau.

Ok..berbalik pada si tanggang moden ni..Dengan adik beradik die die anggap semuanya kolot..x moden..yang moden bagi die ialah ko kene belajar sekolah agama..belajar agama tinggi2 pastu pakai baju jarang2 dan agak menjolok mata.itu moden pada pandangan mata die.die jenguk mak ayah die time wajib2 je macam hari raya n sebagainya..tapi mak ayah die still jugak tak sedar2 yang anak die Cuma perlekehkan die je..aku x salahkan mak ayah die, sebab sebusuk2 mana pon anak diorang, orang tua tetap sayang anak mereka..itu yang kita tak dapat nak sangkal..

Nak cakap banyak pon x guna..hidup kau,kau yang tentukan..aku x layak,aku ni sape?tengok je bolehlah..cuma kesal kerana orang macam ko still wujud dalam dunia ni..kau ingat, kau buat macam tu sekarang, akan datang kau takkan tau nasibkau macam mana..tuhan tu maha adil..karma tu tetap adaAku cuma nak tengok sejauh mana kau boleh pergi dengan perangai kau macam tu..aku x sabar nak tengok kau tua..aku nak tengok kau dapat balasan yang setimpal ke tak..kalau kau buat camni kat orang lain aku x peduli, tapi kau buat kat mak bapak kau..aku memang x boleh tengok kes2 yang melibatkan penganiayaan kat orang tua ni..x kisahlah kat ibu bapa sapa2 pon..aku memang x suke..so, kau lah salah sorang daripadanya..jadi, aku luahkan ketidakpuasan hatiku kat sini..aku bukan nak burukan kau, kalau aku nak burukkan nama kau dah lama aku publish nama kau, tapi aku cuma menulis agar setiap orang yg membaca ini dapat menilai sendiri sejauh mana kita berbakti kepada orang tua kita..agar kita boleh ambil pengajaran..x guna nak malu dengan keturunan sendiri, dengan ibu bapa sendiri sebab kau pun lahir dari perut yang sama..

aku x berapa kenal sangat kau, tapi aku tau semuanya..aku bukanlah jahat sangat tapi aku selalu berharap suatu hari nanti Allah bukakan mata hati kau..supaya kau boleh nilai erti pengorbanan mak ayah kau..aku cakap macam ni pon bukan sebab ape2,bukan sebab kau..tapi sebab aku KESIAN KAT MAK AYAH KAU! (tanda seru tu bermaksud aku sangat marah dan kecewa.sila baca dalam nada yang sama ok..)



Yakin dan Percaya Dirinya Mampu Terbang,,



12 comments:

Anonymous said...

Oren,
Tak tahu nak komen apa.. tanggang moden ni akan wujud dalam apa juga zaman..

Karbon Kopie said...

huiiiiyooooo huhiho....aku nak komen pon takut ko marah...oleh yg demikian aku bace jer dik..pastu insafi diri lalu kuar dr sini ngan penoh keinsapan...dik i lap u...;)

Mak Jemah said...

catz mafia ~ ok la nak wujud pon tapi sila wujud di tempat laen..jangan wujud dekat2 dgn sy..neway thanx 4 d comment

Mak Jemah said...

mrs jukogyu ~ i am very the open one
mana penah marah2 x tentu pasal
no worries la kakak sayang..huhu
aku xkan sekali2 memarahimu..jangan takuti aku..kahkahkah

zairi said...

siapa kita nak ubah perangai orang. tengok dan lihat je la dari jauh. cuma perlu insafi diri sindri.

Mak Jemah said...

yer,,k0 plak dah bagi ceramah kat aku

acik ayu said...

salam perkenalan.

sgt oren!

lizz said...

tanggang ni akan ada setiap zaman beb. trust me :P

Just_najmiE said...

erm, sama lah kita miss oren.. takleh tgk org anaiya golongan warga emas nih.. rasa cam nk sepak terajang ja kat situ..

Mak Jemah said...

cik ayu ~ ye la..selamat berkenalan..

lizz ~ bosan tol..patutnye zaman kolot dulu je ade

just najmie ~ oh kita banyak persamaan..mari kita berkenalam lebih rapat

paraxixth said...

huh.walau pun gua seorang yang cakap lepas. tapi gua...erm...diam saja.

sebab gua pun tanggang juga.

Mak Jemah said...

jangan lah jadi tanggang bie..aku tak sanggup bersuamikan tanggang sebab nanti aku turut serta jadi batu