Monday, November 30, 2009

bukan aku sorang je, kadang2 chef wan pon selalu tersasul masa cakap.

semua orang ada kelemahan masing2..tapi terpulang samada pandai simpan atau tak..ada orang kata kelemahan kita, elok disorokkan sebab ia adalah pakej menjatuhkan diri sendiri..
oleh sebab aku ni paranormal..jadi aku nak citer pasal kelemahan aku?ade aku kesah?muahahaha..
berkesempenaan musim ujan ni aku mahu berkongsi kelemahan aku. (padahal musim hujan langsung takde kene mengena dengan topik ni)
paling ketara yang aku perasan ialah aku banyak kelemahan dalam beberapa sebutan perkataan...sebab tu kalau pegi interview aku selalu tak lepas kot (jangan percaya..itu alasan)
beberapa perkataan yang aku tak boleh sebut dengan sempurna

satu roman: cheezy wedges.kalau aku pegi kfc, aku x penah sebut menda alah ni. aku main tunjuk je..sebab kalau aku sebut, berkemungkinan besar aku akan tergigit lidah ataupun air liur menyembur keluar..

dua roman: ASSOCIATES. ini memang durjana..kitorang banyak beruursan dengan company yang ada perkataan Associates ni..tiap kali apabila aku kene sebut perkataan ASSOCIATES ni, mesti muka aku panas semacam..sebab ketara sangat bunyi perkataan ni bila keluar dari mulut aku.kalau cakap sniri2 xpe la, ni kalau terpakasa keluarkan perkataan ASSOCIATES tu depan orang lain. terutamanya depan lelaki2 kacak.

tiga roman: CELUP TEPUNG. mula2 aku x perasan aku tak boleh sebut perkataan ni. tapi bila ada kawan yang menegur, eh yela..dengan nada terkujat, aku baru sedar..perkataan tu akan menjadi CEKUP TEPUNG..nasib baik aku tak keje cam chef wan, kalau tak jenuh nak menyebut perkataan ni...
"AKU SANGAT SAYANG GULA2 HATI AKU"

Oh, maaf, jangan betulkan skrin laptop anda. tulisan bewarna merah tu hanyalah iklan sahaja..sebab masa aku taip entri ni tiba2 aku terindu gula2 hati ku..hari ni otak aku tidak center sekali..kesulitan amat dikesali..sila teruskan membaca seperti biasa..anggap kata2 itu tidak pernah uncul di skrin anda..

ada banyak lagi tapi xleh citer banyak2 nanti nampak sangat yang aku ni serba kekurangan kan?muahahaha..tapi berdasarkan kajian yang aku buat dan diakui oleh para saintis yang tidak bertauliah, aku da dapat membuat kesimpulan.AKU ADA MASALAH DENGAN HURUF C SEMENJAK SEBATANG PAGAR DI TEPIAN BIBIR AKU NI DICABUT.

khidmat pesanan ringkas: mula2 ingat malas nak update blog ari ni tapi lepas jumpe gula2 ati mood berubah dengan mendadak sekali..

6 comments:

ch@ said...

ye tak hairan la, kite pun ada gak perkataan yg tak suka nak sebut tapi kena sebut gak, tension je bila kena gelak,
"ada aku kisah? aku anak jawa so ala-ala melayu la aku nyer sebutan"
hah camtu la selalunya kite membalas menutup kelemahan :)

Nabil JD said...

haha~ bese r tuh sis, semua pon mesti de perkataan yg terbelit2 lidah nak sebut, tp tgk org len sebut kemain lancar je...

well, ak xley sebut "BAD HAIR DAY" secara spontan dan fluent.. xtau r pesal, mesti tersangkut2 cam bdk gagap..

Mak Jemah said...

cha: tu r pasal..ade aku kesah?i tak kisah jugak kak..lantak la. yg penting masa keluarkan perkataan yg pelik tu muka mesty buat2 cute supaya org x jadi kutuk..huhu

Mak Jemah said...

nj : tau x pe kan n.j..
cute ape cakap pelat2 ni...muahaha

Anonymous said...

mcm nenek jer
hahaha

Mak Jemah said...

nenek cute