FOBIA. nak cakap pasal fobia ni masing2 memang punya kefobiaan tersendiri termasuk la aku..sebenarnya aku ada banyak masalah kefobiaan, tapi fobia yang x melampau2 sangat la..tapi bab satu benda ni, aku memang fobia..dengar je nama satu benda ni, meremang bulu roma..bukan hantu pun, benda yang dimaksudkan tu hanyalah sebentuk mesin rumput..bukan sebab aku pernah terjatuh atas mesin rumput tapi kisahnya bermula begini..mari ramai2 ikut aku mengembara ke tahun 2008..masa tu aku da final year kat UPM. oleh kerana tidak mahu berkongsi kenderaan dengan umat yang ramai di UPM dan berebut2 macam orang main ragbi masa nak naik bas, maka dengan itu lah my dadi bekalkan aku seketul motorsikal yang agak2 x berapa nak kacak untuk aku naiki ke kuliah.
lepas tu bersiar2 lah aku sesuka hati merempit ke sana ke sini..- buat pengetahuan semua, aku pernah menjadi rempit jalanan dengan menunggang motosikal berkelajuan 80km/j yang dirasakan sangat laju la konon.
pada suatu hari, langit cerah dan cuaca yang baik, berbekalkan moto yang x berapa nak laju aku tu,aku menuju ke fakulti untuk menghantar assignment..selepas melepasi pintu pangawal, terdapat beberapa orang encik bangla sedang memesin rumput..aku pun lalu la cam biasa kan. da laluan aku pun.pastu tetiba, pak!!!! satu hentaman kuat menghentam betul2 bahagian hadapan helmet ku, rupa2 nya sebijik batu besar terpelanting ke arah aku dan mengenai helmetku.nasib baik helmetku dilindungi oleh visor penuh. lalu aku hilang kawalan dan sama2 terpelanting bersama batu itu ke dalam semak beberapa meter di hadapan encik bangla yang sedang memesin rumput tanpa ada perasaan bersalah itu.
selepas menyedari yang aku telah terpelanting, maka encik bangla bergegas menuju ke arahku.
" adek, kinapa ini macam?"
" u mesin rumput ka mesin batu brader?nasib baik saya punya helmet selamatkan saya. kalau tidak cacat saya"
"oh, banyak maaf la adek, kalau pakai bisi punya mata memang batu pon boleh tirbang.kalau pakai plastik punya mata.batu tarak terbang.u ok ka adik?"
" u cakap apa brader, saya x paham la.saya ok kot. x luka pon.x ape la brader.saya da lambat ni. yang penting muka saya tak cacat, kalau tak, nanti tak laku la saya brader"
" x apa adik, x laku x apa, abang ada."
ceh, boleh plak camtu..selepas mengangkat moto,aku pon terus blah dan terus menuju ke fakulti. pastu takde da kene2 benda macam tu lagi.aku sangat bersyukur kerana batu itu mengenai visor..tanpa visor itu, mungkin hidungku sumbing agaknya..tapi satu perkara yang x boleh nak elak, tiap kali terserempak dengan orang sedang mesin rumput tak kita kat tepi jalan ke, depan umah ke, aku mesti akan tutup muka dan pegang kepala.terbayang2 sebijik batu besar sedang terbang ke arahku..even kalau dalam kereta sekalipun kalau lalu je sebelah orang sedang mesin rumput, mesti aku buat benda yang sama dan menimbulkan tanda tanya bagi mereka2 yang berada bersamaku ketika itu. gambaran batu itu menghentam muka aku memang selalu muncul setiapkali aku terserempak dengan orang sedang mesin rumput..tapi yang x seronoknya, tiap kali bayangan batu besar tu muncul, mesti aku jugak terbayang gambar encik bangla itu..apekah?apekah???fobia..fobia..
khidmat pesanan ringkas: x ade


8 comments:
first nak melompat2 jap sebab jadi org fisrt komen..yippi!!!
second: argh!!!!!!!!!!!!!!!! seram nye... tak nak!tak na!seram...
nasib baik helmet ada... kalau tak...
ish!ish!ish!
bulan:yaaaa! tahniah kepada bulan kerana memenangi contest pengomen pertama..hehehe..hadiahnya, lompatlah sampai penat..hihi
shrenggggggg shrennggg........bnyi mesin rumput
paraxixth: ngokngek la lu bie
ye la..moto tak berapa nak kacak tu..
aku pon phobia sebab mesen penah tirbangkan batu ke cermin kete aku..
tak penah kena batu2 nih, tp seram tgk org yg potong rumput tu pakai mask yg mcm nak pegi rompak kedai mamak subaidah.. eh tak, rompak bank..
akak giggle: kalau kina cermin kira kekurangan untuk cacat xdela tinggi kak..hehe
just najmie: actly mamak subaidah lagi kaya dari bank tau tak?haha
Post a Comment