sengal betol la..penyakit malas aku datang lagi..datang plak tak bagi salam dan datang pada waktu yang salah..datang pada waktu di mana kerja bertimbun2 seperti gunung everest..
aku risau kalau penyakit malas aku datang, sebab aku akan buat benda2 yang x senonoh seperti menekan keyboard dengan menggunakan pen atau pensel..berbuat2 pingsan dan pitam bagi mengelakkan diri dari buat keje..padahal bila da bertangguh2 keje tu aku jgk yg kene bereskan..
di rumah pula, apabila sindrom malas ini datang, yang paling aku risau ialah bila aku berasa malas untuk makan..maka apabila melihat mama sedang menyantap, maka aku akan mula menempelkan diri di sebelah mama dan berbuat2 baik dengan harapan dapat makan bersuap dengan mama..alhamdulillah taktik ini selalu menjadi..
apabila sedang menonton tv pula, remote control berada nun begitu jauh sekali di atas tv. ini adalah satu masalah apabila mahu menukar channel..jadi bila sifat malas yang melmpau datang, aku sanggup menunggu sehingga ada orang yang lalu lalang agar aku dapat menyuruh mereka mengambil remote, on kipas dan sebagainya..kalau seharian takde orang yg lalu lalang, aku sanggup tengok channel yg aku tak suka tu daripada bangun untuk mendapatkan remote control itu..
aku pun risau dgn diri aku ni..yang tak berkesudahan..nak makan malas, nak keje malas, nak bercinta malas..sume malas..tapi nasib baik perangai tu datang skali skala je..bukan permanent o.k..muahaha...
khidmat pesanan ringkas: malas nak taip

6 comments:
aku lagi malas... Ahhhhhhh malas aku nak cerita... hahaha PEACE...
penyakit dia dtg balik suda :)
dkama: malas aku nk komen..hahaha
cha: penyakit bermusim..hahaha
sy pon nak malas gak laa... malas nak jadi malas... hohoho...
syahril : haha..ye la tu
Post a Comment