hari ni ada appointment kat klinik..gulagulahati nak teman tapi biar lah..pergi sorang sahaja..kesian beliau kerja malam tadi...saya bukan jenis bini yang mengada2 merengek2 kalau laki tak ikut sama.lagipun klinik hanya sekangkang kera..masih mampu nak drive..
sampai klinik pergi lab cek darah semua..buat hb test..alhamdulillah..11.7..sangat berjaya..kalau belajar kat u kira dah dapat anugerah dekan la..
nurse kata siapa sangka budak paling bermasalah boleh naik mencanak hb sebab kata die biasanya makin dekat tarikh nak bersalin tu biasanya hb akan semakin turun..saya pun jawab.."biasa lah nurse, kalau kat sekolah tak semestinya budak yang tak dapat straight a tu tak dapat masuk universiti kan?" sambil2 tu ada sedikit wajah riak telah saya pamerkan...kahhhhhh...
lepas tu macam biasa adegan raba2 perut pulak..nurse kata kepala baby dah kat bawah sangat2..
"padat sangat dah perut awak ni..baby dah tak muat nak duk kat dalam..saya takut dia keluar awal..mungkin sebab awak ni kecik,tapi nasib baik tinggi sikit..kalau tak jenuh awak nak bawak perut..tapi saya saspek baby awak ni macam panjang je"
"oh..no wonder lah saya rasa tegang semacam n sakit tulang rusuk..doh boleh ah jadi model macam amber chia nurse ork"?
"korok mung"
*boleh ah nak gurau gitu dengan nurse sebab dia kawan gulagulahati..
kiranya hari ni first time balik klinik dengan wajah riang...weeeeeeeeee...takpelah malam2 mummy tak boleh tido sebab baby tendang tulang rusuk pun..biar lah sakit sikit pun..asalkan baby sehat, cergas,pintar...tu je mintak kat tuhan...moga dipermudahkan segala urusan...
(sambil menyanyi lagu nasyid kumpulan raihan)
2 comments:
ko nyanyi lagu Raihan tak terbakar ke?
terbakar..tapi pemadam api ada
Post a Comment