Thursday, February 23, 2012

wang besar!

ohai...hari ni tak tulis entri pasal anak..kang tules banyak2 ade yang muntah darah puleks sebab boring..hoho...

sebab haari2 duk melepak sahaja dan berkurung di dalam rumah,maka asyik mentengok tibi la..ni pon baru tengok ulangan 1 juta money drop...

tengok orang menang duit serta merta hati kita pun sama2 berbunga riang,malahan terlebih eksaited puleks sampai nak nangis2...eh,semua orang rasa mcam tu ataupun saya sorang saja yang rasa macam tu?huhu..nampak kan betapa berkuasanya wang?

kalau kamu berkawan juga begitu..kamu mahu cari yang betul2 ikhlas berkawan dengan kamu umpama mencari seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap..kalau kamu punya wang yang banyak,kekayaan mengalahkan bill gates..kamu rasa berapa ramai yang datang pada kamu?saya rasa kalau kamu ada 3ribu frenlist kat fb,boleh dikatakan semua fren kamu itu akan membodek2 kamu..kamu rasa begitu?saya rasa begitu..oh betapa berkuasanya wang..

kalau kamu punya wang yang banyak,kamu ke mana2 semua orang hormati kamu..semua orang melayani kamu 1st class..jika bayangkan kamu ke kedai pakai baju compang camping,selipar jamban sebelah oren sebelah ungu..putus pulak tu..ada orang nak layan kamu?saya rasa tidak..oh besarnya kuasa wang...

tapi saya rasa untuk mencari seseorang yang ikhlas terhadap kamu, lihatlah dia sewaktu kamu susah..lihat di mana dia berasa..masih setia di sisi kamu ataupun hilang tanpa berita..hahahaha..ataupun kalau kamu takut untuk menerima kenyataan jika orang2 tersebut bakal meninggalkan kamu kelak jika suatu hari nanti kamu tidak punya wang/kekayaan,sennag sahaja..serahkan segala harta kamu kepada saya dan kamu hidup bersederhana sahaja..mudah bukan?kamu semua nampak tak maksud tersirat di sebalik apa yang saya tulis?deep tak saya?hahaha..k la.bai..(orang yang sleepless memang suka merapu)

2 comments:

karbon kopie said...

perlulah nak serahkan harta kepada kamu? keji tau.

zahra sihat nok?

Mak Jemah said...

perlu la nok//hahaha..

zahra sihat nok.alhamdulillah