Saturday, May 19, 2012

sedihnya dunia ini

telah banyak kejadian di sekeliling yang telah merubah persepsi saya terhadap orang yang berkopiah,bertudung  labuh dan berjubah...

kebanyakan mereka melakukan perkara yang membuatkan saya yang jahil ini hilang rasa hormat pada mereka

berselindung di sebalik pakaian yang dipakai...

oh sedihnya dunia ini...

yang ikhlas
-fasha sandha second hand-

4 comments:

Anonymous said...

1) Saya bersetuju dengan awak..memang tidak patut sungguh mereka yang berpakaian berimejkan Islam tetapi melakukan perkara yang boleh menyebabkan salah faham terhadap

mereka yang berpakaian sama tetapi berakhlak mulia.. mereka secara tak langsung telah MEMFITNAH (bahasa Arab: BUHTAN) golongan yang baik..

Firman Allah: "Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan

amalannya).Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan FITNAH HASUTAN (untuk memecah belahkan orang ramai)." (Surah al-Qalam (68): Ayat 10-11)

Firman Allah lagi: "Sesungguhnya ORANG-ORANG YANG SUKA TERHEBAH TUDUHAN-TUDUHAN YANG BURUK DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, mereka akan beroleh azab seksa yang

tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." (Surah an-Nur (24):

Ayat 19)


2) Memang betul wujud orang yang cuba berselindung di sebalik pakaian yang dipakai.. kekadang ada yang berjubah dan serban untuk mengaburi mata orang lain ketika

meminta derma yang tidak wujud pun.. ada penjenayah yang berpurdah untuk mengelak dari dikesan pihak berkuasa.. mereka sama je dengan golongan di atas..


3) Padahal pakaian yang disebut merupakan pakaian yang berkaitan dengan Islam.. NABI MUHAMMAD S.A.W. PAKAI JUBAH (SUNNAH).. KOPIAH PUN SUNNAH RASULULLAH.. menurut

majoriti ulama'.. walaupun tidak ada datang perintah atau sumber hukum (yang kuat) supaya mewajibkan memakai kopiah/serban atas dasar sebagai salah satu hukum

agama/syariat.. tapi barangsiapa yang memakainya dengan niat menyerupai cara Rasulullah berpakaian dan sebagai tanda kasih kepada Baginda, insyaAllah dapat ganjaran

pahala kerana memuliakan Rasulullah.. jahatnya mereka yang menyebabkan persepsi negatif kepada mereka yang cintakan Nabi..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, bahawa NABI S.A.W. MEMAKAI KOPIAH PUTIH (Hadith Riwayat Baihaqi)

Sayalah Aku said...

1) Saya bersetuju dengan awak..memang tidak patut sungguh mereka yang berpakaian berimejkan Islam tetapi melakukan perkara yang boleh menyebabkan salah faham terhadap mereka yang berpakaian sama tetapi berakhlak mulia.. mereka secara tak langsung telah MEMFITNAH (bahasa Arab: BUHTAN) golongan yang baik..

Firman Allah: "Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya).Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan FITNAH HASUTAN (untuk memecah belahkan orang ramai)." (Surah al-Qalam (68): Ayat 10-11)

Firman Allah lagi: "Sesungguhnya ORANG-ORANG YANG SUKA TERHEBAH TUDUHAN-TUDUHAN YANG BURUK DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." (Surah an-Nur (24): Ayat 19)


2) Memang betul wujud orang yang cuba berselindung di sebalik pakaian yang dipakai.. kekadang ada yang berjubah dan serban untuk mengaburi mata orang lain ketika meminta derma yang tidak wujud pun.. ada penjenayah yang berpurdah untuk mengelak dari dikesan pihak berkuasa.. mereka sama je dengan golongan di atas..


3) Padahal pakaian yang disebut merupakan pakaian yang berkaitan dengan Islam.. NABI MUHAMMAD S.A.W. PAKAI JUBAH (SUNNAH).. KOPIAH PUN SUNNAH RASULULLAH.. menurut majoriti ulama'.. walaupun tidak ada datang perintah atau sumber hukum (yang kuat) supaya mewajibkan memakai kopiah/serban atas dasar sebagai salah satu hukum agama/syariat.. tapi barangsiapa yang memakainya dengan niat menyerupai cara Rasulullah berpakaian dan sebagai tanda kasih kepada Baginda, insyaAllah dapat ganjaran pahala kerana memuliakan Rasulullah.. jahatnya mereka yang menyebabkan persepsi negatif kepada mereka yang cintakan Nabi..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, bahawa NABI S.A.W. MEMAKAI KOPIAH PUTIH (Hadith Riwayat Baihaqi)

Sayalah Aku said...

4) Lagi teruk bila terkena pada perempuan yang bertudung labuh dan berjubah.. padahal Allah MEWAJIBKAN WANITA MENUTUP AURAT.. ayat mudahnya JANGAN SAMPAI NAMPAK BENTUK/SUSUK BADAN.. padahal mereka yang ikhlas bertudung labuh dan berjubah ni sebab TAKUT MASUK NERAKA (bukti mereka ada takwa).. takut kalau pakai tudung biasa/singkat/tak labuh nanti nampak bentuk payudara la.. nampak bentuk bahu la.. nampak saiz lilit dada la.. yang dok nampak-nampak ni la yang boleh buat Allah murka dan ada potensi besar masuk neraka (kecuali sempat bertaubat sebelum malaikat maut menjemput).. lagi la kalau pakai jeans sampai nampak bentuk kaki dan punggung.. nauzubillahi min zalik.. malangnya bila ada orang yang pakai macam ni tapi tak ikhlas.. lalu buatlah dia perangai tak elok.. sampai boleh timbul rasa prejudis pada mereka yang berusaha untuk menunaikan PERINTAH/KEWAJIPAN ALLAH.. PERKARA WAJIB..

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah telah bersabda: “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah WANITA YANG BERTELANJANG WALAUPUN MEREKA SEDANG BERPAKAIAN, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini." [Hadith Riwayat Muslim]

Kalau rajin boleh baca lebih lanjut di blog Ustazah Fatimah Syarha, memang menarik.. http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/06/aurat-wanita-beza-antara-jilbab-

khimar.html dan http://bintunmajid.blogspot.com/2010/07/kenapa-tudung-labuh.html

Ulasan yang sangat jelas Ustaz Dr. Zaharuddin di http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/755-isu-tudung--bidasan-terhadap-raja-petra-malaysiatoday-versi-melayu.html

Rencana oleh Syahidatul Akmal Dunya di http://www.sinarharian.com.my/rencana/bukan-sekadar-cantik-1.26703

Sayalah Aku said...

5) Part ni izinkan saya untuk tidak bersetuju dengan awak.. memang telah banyak kejadian yang berlaku di sekeliling awak melibatkan mereka yang berpakaian sedemikian.. namun janganlah sampai semua ni dapat ubah persepsi positif awak pada mereka yang berpakaian sama tetapi belum awak temui.. saya bagi contoh.. saya dikelilingi dengan orang-orang Islam yang sangat buruk akhlaknya.. sepanjang hidup saya semuanya jauh lebih teruk daripada mereka yang beragama lain selain Islam.. jadi awak setuju atau tak kalau saya ubah persepsi saya bahawa semua yang beragama Islam tu memang teruk tak macam agama lain.. umat Islam semuanya berselindung di sebalik nama agama.. padahal saya belum jumpa ramai lagi umat Islam yang baik.. adil tak sikap saya ni? so saya rasa adalah lebih afdal kalau kita membenci kesalahan yang dibuat bukannya orang yang membuat.. atau lebih tepat lagi.. elakkan dari terus mempakejkan kesalahan kepada semua..


6) Lagipun bila melibatkan pakaian yang berkaitan Islam.. menjadi sangat tidak adil bagi mereka yang berpakaian demikian kerana cintakan agama.. tetapi menjadi mangsa persepsi kita.. di sisi Allah semestinya mereka jauh lebih mulia dari kita.. kerana mereka buat apa yang Allah suka.. tapi kita buat apa yang Allah tak suka.. persepsi negatif akan melahirkan prejudis.. lalu menerbitkan diskriminasi.. so agak tidak adil rasanya..


7) Yang berkopiah atau berjubah tu saya boleh tolerate lagi sebab tu benda sunat.. buat bagus tak buat tak berdosa.. tapi bab bertudung labuh tu wajib dan itu perintah/arahan Allah.. kalau takut Allah mesti akan patuh dan taat tanpa sebarang alasan.. so kalau kita wujudkan diskriminasi terhadap mereka.. secara tak langsung kita macam nak halang mereka daripada tunaikan perintah Allah.. so mohon dijauhkan kita daripada jadi macam tu..


8) lagipun bagi saya.. tidak semua yang bertudung labuh itu baik.. tapi yang baik itu semestinya bertudung labuh.. sama juga seperti tidak semua orang Islam akan masuk syurga tapi yang masuk syurga itu semestinya orang Islam..


9) PERINGATAN UNTUK KITA BERSAMA SEMENTARA MASIH DIIZINKAN MENUMPANG DI BUMI ALLAH INI..

Firman Allah: "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (Surah al-Ahzaab (33): Ayat 36)