Sebut pasal kesihatan iols nak berserita sket..eewah ejaan baru berserita..tajuk pun serious nau hah...
Berat iols sekarang tak menentu kadang2 48kg and kadang2 50kg..taktaulah...nampaknya lebihan kilogram masih menghantui aku setelah setahun empat bulan bersalin..masih belum mencapai standard berat badan sebelum mengandung iaitu 43kg..memang bila kamu lihat aku sekilas pandang kamu tidak akan kata aku gemuk..tapi setelah berkilas kilas kau perhatikan mesti akan kelihatan lebihan lemak yang tidak bermanafaat itu di sana sini..
Setelah aku membuat kajian dengan teliti mengapa berat badan aku tidak turun2 maka aku dapat nyatakan beberapa sebab di sini..makna kata kalau hasbeng kata " eh awak nampak gemuk la" maka aku boleh suruh dia refer pada entri ini..walaupun dia x pernah kata apa2 pun..ye lah..walaupun berat badan naik tapi takde la aku ni berdagu dua ye dok..tapi naik tetap naik dari segi angkanya..
Sebab pertama:
Bila makan kat kedai tihany memang semakin lasak kan..masa dulu2 behave je duduk atas baby chair..makan pun tenang je..sekarang macam kalau boleh taknak makan kat luar..sebabnya bila iols makan,anak akan sibuk hendak mencapai segala makanan yang ada di atas meja..dan sememangnya makanan itu tidak sesuai untuk anak..makanya iols akan menegah tihany dari mencapai itu ini..tu belim lahi masuk babak tihany menggelupur nak terjun dari baby chair kalau nampak kucing..jadi dalam duk sibuk menegah anak iols tak sedar tibe2 je makanan dah habis..tak sempat nak rasa nikmat makanan tu..bila balik rumah bagitau hasbeng "eh,temah tak feel la makan tadi anak duk membuas..bang,tolong tapau nasi goreng kampung satu"..haaa nampak tak kat situ kau dah makandua kali untuk makan malam?dan makan malam kedua mestilah dah lewat malam kan?
Sebab kedua:
Tihany belum lahi cukup dewasa untuk makan makanan orang dewasa kan..FIL selalu bawak balik makanan2 ringan untuk tihany..biasalah orang tua kan dia memang dah terbiasa bila budak2 mesti sinonim dengan makanan ringan seperti cikedis@ jajan dan jugak sekelat..takkan bila die bagi kita nak cakap "eh tihany janganmakan"..haruslah tak kan..not nais la macam tu..makanya aku lah yang akan habiskan semua makanan tak berkhasiat itu demi mengelakkan tihany makan..bila FIL terlepas pandang..nah ngap sekali dalam mulut penuh2 nak bagi cepat habis..
Sebab ketiga:
Banyak makan makanan laju (fast food)
Berikutan kefobiaan dan ketakutan tihany pada kucing,kami macam selalu elakkan makan di restoran@ warung.sebab tempat macam ni kan kadang2 ada kucing..lgi2 kalau kamu makan ikan@ sutong celup tepung..jadi kami takde choice iaitu memilih untuk makan di restoran makanan laju(fastfood) seperti KFB, PIZZU HAT dsb.
Sebab keempat:
Ini adalah sebab yang takde sangkut paut dengan orang lain..aku mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat..iaitu malas bersenam..hanya berharap hasbeng membawa hadiah ulang tahun perkahwinan seperti treadmill berjenama Takasima.tak mahu usaha naik turun tangga macam iklan kat tv..memang takdoo la kan..kalau usulkan kepada hasbeng memang die cebik je lah..baik simpan duit untuk ke eropah katenye..walaupun mungkin memerlukan masa beberapa dekad untuk mengelilingi eropah..tskkkk...
Haa..setakat tu aje lah sebab2 nye..memandangkan kenaikan berat badan tidak lah membawa kepada obesiti jadi asbabnye tak lah banyak sangat kan..
No comments:
Post a Comment