Wednesday, July 24, 2013

Satu nikmat telah ditarik

Ohai..kamu semua pasti sedang tidur..atau adakah antara kamu yang sudah bangun bersahur pada jam 2 pagi ini?

Aku? Mata sangat2 ingin meniduri tapi apakan daya badan gatal2..bukan disampuk shaitan kerana bermain di busut tetapi akibat alergi..

Dulu aku pernah bagitahu yang aku mula alergic terhadap daging lembu setelah melahirkan tihany..kalau makan daging lembu pasti akan gatal2 seluruh badan..agak lama jugak lah tak makan daging lembu..tapi yang herannya daging burger ok je pulak..

Hari ni sesaje kan nak mencuba eksperimentasi mana tau ada keajaiban kot2 alergi tu dah hilang kan..hari ni jugak  aku berbuka dengan lauk daging lembu gulai kawah..banyak juge la aku membalun daging lembu..

Hasilnye sangat istimewa...

Tergaru garu macam ba ro wau khaf pada jam 230 pagi...

Mengadu pada emak dan die mengesyorkan agar aku mencium lembu agar hilang penyakit alergic pada daging lembu..."mung kene sampuk di lembu"

Huk alohhhh mak eh...dok klakor sikit ponggggg...

Sebenarnya tuhan dah tarim satu nikmat dari kau wahai fatimah hatemtai...xsedar ke diri lagi?


No comments: