Thursday, April 23, 2009

dendamku Terbalas....

ngahahahaaha..- gelak puas ati macam jumpe emas sektul-..aku tersangat puas ati ari ni.
semalam aku moody..pastu aku plak kene balik lambat..lambat tu dalam kul 6 la jugak. aku tension ngn keje yang manyak. dan2 je boss aku a.k.a abg ipar aku tu nak buat meeting plak kul 6 tu..aku da buat misi untuk skip meeting ni..kau orang tau kenapa? biasalah memandangkan aku sorang je pompuan kat ofis ni merangkap wanita sejati seperti gadis melayu dibuat2, aku selalu kene buli. dahla keje aku berlambak.

aku masamkan muka - walaupun muka aku masam tp aku still mengekalkan sedikit keayuan aku yg dibuat2 tu-
bila muka aku masam staff2 yang ngokngek di sini termasuk boss aku cube buat lawak antarabangsa bertujuan mengenakan aku dan nak suruh aku gelak walaupun di mata aku, aku rasa 2 lawak paling bodoh aku pnah jumpe..dah lah 2..lepas tu bleh plak reramai menggelakkan diri macam benda 2 klakar sgt. - ade gak staff yangbuat2 gelak macam org sawan sebab takut boss marah kalau diorang x gelak,memang sengal-

aku buat bodo je..aku x cakap sepatah pon start dari kejadian lawaking yang sengal tu. tepat pukul 6, diorang nak meeting. yang aku nak marah dari tadi duk sembang2 kosong - apa kau orang ingat ofis ni warung n aku adalah makcik yang amik order n buat air kopi untuk kau orang?- aku pon dengan niat dan azam yang tekad -sengal! bunyi cam nak buat kebajikan je..- aku lantas bangun dan mencapai beg dan laptop untuk balik.. boss aku tanye: " nak pegi mana?ada meeting ni?" aku dengan konfidennya menjawab tanpa skrip yang direka " nak balik umah..da nak petang.anak ngan laki x makan lagi dari tadi"
semua org tau aku ni x kawin agi,,anak 2 apatah lagi..abang ipar aku tau aku nak marah.die penah bagitau aku ari 2 bila aku marah die pon takut sampai takut nak masuk ofis dia sendiri..
aku xkisah, aku terus balik dalam keadaan sedih yang begitu sadis sekali.
hari ni?
aku masuk ofis sume orang x brani nak tegur aku..- aku plak berlakon buat2 muka serious padahal aku nk gelak terguling cam pontianak gelak tu-
dan kalau kau orang nak tahu boss aku pon xmasuk sampai skarang..da pukul 1030 pon xnampak batang idung..jadi sekarang aku bangga dapat balas dendam atas peristiwa semalam..aku tersangat puas ati -sambil makan twisties n x offer kat staff lain-

baru kau orang tau aku sapa.....................perempuan garang di dalam ofis ini..ngeh..ngeh..ngeh..main2 kanlah aku lagi..

* aku tengah reka skrip buat persediaan kot2 boss aku masuk nanti..nak berlakon gaya2 camana la nt..

2 comments:

Farie Amrah said...

jln-jln & tersinggah di blog kamo..

salam singgah.. n_n

Mak Jemah said...

tima kasih encik..sila datang lagi