ini aku mahu cerita. sedang aku seronok menonton tv, tiba2 pintu rumahku diketuk. aku terus buka pintu. tiba2 muncul seorang lelaki bercompang camping terus menolakku dan terus menuju ke dapur. aku tidak buat apa2.cuma melihat.lelaki itu mengambil sebilah pisau yang tajam di dapur lalu berkata mahu membunuhku. -eh, ko pehal tetibe nak bunuh aku??-aku terus melompat melalui tingkap.aku pun tak tahu kenapa aku memilih tingkap sedangkan pintu rumah terbuka luas. persetankan pasal pintu- macam ayat teater plak-
aku terus berlari sekuat hati meminta tolong. cuaca semakin gelap, aku menjerit minta tolong tapi semua orang tidak keluar-diorang tengah sembahyang berjemaah satu kampung ke ape?-.semakin laju aku lari semakin dekat orang gila itu mengejarku. sambil berlari dengan persaan yg x puas ati, aku tanye orang gila itu. " kenapa ko kejar dan nak bunuh aku?aku x kenal ko pun"
orang gila itu cuma jawab "aku nak bunuh kau " berulang kali. bengong punye orang giler. tiba2 aku nampak sebatang pokok besar macam pokok tembusu. lalu aku dengan mudahnye memanjat pokok besar itu.- skill panjat mase kecik ade lagi-. orang gila itu tidak reti panjat pokok.aku ketawa berlagak -nak bunuh orang,panjat pokok pon x reti-. ku jelir2 kan lidahku sepanjang 3cm kepadanya.tiba2 orang gila itu megacukan pisaunya kepadaku.setelah mengagak2 sudut yang sesuai, dibalingnya pisau itu menuju ke arahku dan tepat mengena dahiku. aku plak masa tu lupa nak bawak jam power rangers untuk menghubungi rakan2 setugasku- sempat berangan- apa lagi..dush!!! aku jatuh tersungkur di tepi pokok.kepalaku yang tertusuk pisau itu terkena plak batang pokok. sakit bukan kepalang.
ye, aku percaya aku masih hidup dan kubuka mata mahu minta tolong. yang aku nampak cuma kipas sedang berputar. aku bukan di hospital -macam scene drama samarinda, asal bukak mata mesti ade kat hospital-
sampai sekarang aku masih hidup kerana kejadian tersebut hanya berlaku dalam mimpiku setahun lepas...di dalam bilik di kolej tun perak UPM.muahahahahaaha!!!
dlm kejadian itu,aku terjatuh katil dan kepalaku terhantuk di katil.patutlah dalam mimpi orang gila itu baling pisau kena kat dahi.bukan kat abdomen macam dalam drama samarinda tu..muahaha. nasib baik rumate ku takde mase tu. ku mengambil kesempatan itu untuk memonteng kelas dan terus meluru ke pusat kesihatan UPM untuk mendapatkan mc kerana kecederaan di kepala dan aku pulang dengan kehampaan apabila doc kate aku tak d cedera ape2 pun.aku kecewa masa itu, rasanya aku mahu gigit2 telinga doc itu kerana hanya menyuruh aku pulang ke kolej pergi ke kelas dan makan panadol..argh..misiku tidak mengena...
muahaha...tetiba saja aku teringat kisah ini kerana semalam aku mendapat mimpi yang hampir sama jugak. aku dikejar dan diburu lagi. aku sudah tau apa punca aku dapat mimpi2 camni. kerana aku suke tengok cartoon tom n jerry. siap beli vcd lagi n bawak anak buah untuk cover line time beli vcd tu...muahahaha...lepas ni aku kene tengok citer smallville - x reti eja- la plak.kot2 la dapat mimpi jadi awek clark kent...muahahahahaaha..luffy heronye sambil pakai costum superman kaler pink...hohohoho
wawawawa....
* sangat bengang sebab da masuk kali ke 4 gula2 hati aku asyik lupa umur aku berapa..mengapakah?perlukah aku sakit hati?waaaaaaaaargh!!! sebab itu aku gantikan watak hero smallville 2 dengan luffy.tengah marah dengan gula2 hati.muahahaha.kejam.stop!
11 comments:
suspen je..
hehe
haha..seorang sudah menjadi mangsa suspen ku..muahaah
ooo...
nnti kene kan die blk..
haha
ley je jadi herooo pakai kaler pink
advance tol mpi dia nieh!
leh wat drama nie~
aku lelaki simpanan ko? :P
xpon sampai menutup mata
pijot~ jangan r pijot.kite bkn saje2 nk kenekan..muahahaha
joe~ sampai menutup mata..xbleh tahan ayat tue
cik jannah~ o.k. esok leh amik skrip..muahaha
luffy~ muahahaha..anak ikan dah r luffy..anak ikan?????
Post a Comment