kau orang pernah cederakan ibu bapa sendiri tak?- sila jawab dalam hati-
aku pernah cederakan mereka berdua tapi bukan secara sengaja.biasalah budak2 kan.
nak mulakan dengan siapa?
ok aku mulakan dengan ayah aku. masa tu aku baru 7 tahun. time tu umah aku tengah renovate. al kesah nye aku suka main2 dengan peralatan tukang umah mase tu. pastu ayah aku marah sebab katanya bahaya nanti cedera. jadi ayah aku bagi aku kepingan2 mozek - yang petak2 orang letak atas lantai simen tu- untuk bermain.ayah aku suruh bina bangunan tinggi2.
so aku amik la kepingan2 mozek tadi dan dengan penuh kesungguhan dan berhati2 aku dirikan menjadi bangunan yang tinggi. sungguh tekun dan penuh beriltizam sekali. - time belajar takde la plak aku beriltizam.sengal!-
x silap aku, aku buat bangunan tu dah sampai paras pinggang aku yang mase tu tujuh tahun. tiba2 ayah aku datang dan melihat hasil kreativiti anak perempuannye yang x brape nak pompuan sangat ni. "waaah..tingginya" kata ayahku dan dengan selambanya ayah ku menolak bangunan yang aku bina ketika itu. prangpingpung!!! habis jatuh semuanya menyembah lantai...ayahku ketawa terbahak2 kerana berjaya emngusikku ketika itu dengan harapan aku juga akan ketawa sepertinya. sangkaan ayahku meleset sekali, aku sungguh panas hati dan menangis tersedu-sedan - sedu sedan tu aku tipu je-. dengan pertimbangan akal yang kurang waras ketika itu, ku ambil sekeping mozek segi empat sama sebesat tapak tangan terus ku baling ke arah ayahku tanda aku protes dan terus terkena kepala ayahku. darah keluar sedikit demi sedikit lama2 menjadi bukit..
ayahku tidak berkata apa2 mungkin terkejut dengan tindakan ku. memandangkan aku anak bongsu dan rapat dengan ayah ketika itu, ayah tidak pun marah2.masuk ke dalam rumah.menyapu ubat barangkali.aku masih memerhatikan bangunanku yang ranap..lantas ayah datang lagi dan memujukku..muahaha.aku sangat kejam, dah buat salah lepas tu suruh orang pujuk pulak. jangan salahkan aku atas perbuatan aku. aku tidak baligh lagi.sampai sekarang aku rasa bersalah walaupun ayah tidak pernah sekali2 mengungkit tentangnya...
aku dah insaf dan mahu jadi anak yang baik...muahaaha
mak aku plak, kejadiannye mase aku umur 10 tahun. mase tu sume adik beradik aku pegi langkawi, pergi bercuti-cutan dengan suka ria nya. aku mahu mengikut, tapi ayah ku tidak izinkan kerana bimbang aku diabaikan kerana ramai adik beradikku pergi dan ayah ku bimbang perkara buruk terjadi memandangkan mak dan ayah aku tidak turut serta dalam percutian itu.- dulu aku pernah tertinggal dalam lif sorang diri-
aku menangis sebab x dapat ikut..sepanjang 3 hari mereka di sana, maka sepanjang tiga hari itu la aku memberontak di rumah kerana tidak puas hati tidak dapat ikut. hari ketiga mereka di sana rajukku semakin menjadi2. maka dengan itu, emakku yang terchenta memujuk aku dan berjanji mahu ajak aku jalan2. kau orang tahu jalan2 ke mana.jalan2 kat pasar depan umah tu je. mak aku nak belanja makan ABC time tu. aku pun ikut je la.. samapai kat pasar mak aku singgah kat kedai member kamceng die...aku berdiri sebelah mak aku sambil menggoyang2 kan kaki.sebelah kakiku ku silang ke belakang. waktu mak aku nak beredar, dengan pergerakan mak aku yang tidak berhati2 itu, lalu disepaknya - eh tersepak sebenarnye- kaki aku yang bersilang di belakang itu- korang x paham sudah, aku x reti nak explain - maka emkakku melayang2 di awangan dan terus tersungkur betul2 depan kawan die. al kaedahnye, prapp!!tangan mak aku patah.- bunyi prapp tu x kedengaran pon-aku menangis lalu dengan kelajuan 60km/j aku berlari balik umah bagitau ayah aku. lepas balik dari hospital, mak aku duk umah je la dengan tangan berbalut. dan2 je lepas tu adik beradik aku yang durjana meninggalkan aku untuk bercuti itu pulang ke rumah dengan suka hati nya. tiba2 terus berubah riak muka bila melihat tangan mak aku ber anduh. semua pakat salahkan aku dan aku rasa begitu disayangi kerana pada masa itu mak aku back-up aku dengan jayanya.
ok..tamat sebuah kisah seorang budak yang mencederakan ibu bapanya dengan tidak sengaja dan insaf di kemudian harinya..- tajuk entri macam tabuleh blah je..muahaha-
7 comments:
uiks cik oren!
jaat sgguh kamo..
ahhaa
seb bek tyme kck2 kalo da beso nie menajal mak ayh mmg la ank durhaka..
wakaka..ckp mcm ustazah la ko jannah!
ntahnye cik jannah
ke ustazahan plak die
i tak sengaja la lalink
kalo i ada niat sengaja baik i pedajal u dulu..
muahahaha
huii..bahaya giler lagak ngeri mak ko buat tu.seb bek ko bukan adik beradik aku.
ko memang jahat :P
wahaha.
cm drama jek??
btol2 ker nih?
ganas nye..
:)
Huhh ganazzz jugak ek?..hehe...budak2 kan masa tu...tak terfikir apa2 pun...huhu
Takpe passni belai2lah mereka berdua..
zairi ~ kalau aku adik beradik ko, knapa plak?
luffy~ ko lagi jahat sebab kata aku jahat. aku x sengaja la luffy
ezza~ betul la.. x caye amik no fon, tanye diorang sendiri..muahaha
ad- rifza~ ah..anda sorang je yang berpihak kepada saye..thanx larlink..memang x sngaja kan?bebudak lagi..
Post a Comment